Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

GOTONG-ROYONG PERDANA 2018

SMAKT – Acara gotong-royong perdana fasa 1 bagi persiapan pemantauan 4K telahpun berjaya diadakan pada 16 Mei 2018 (Rabu) yang lalu. Tepat jam 9.30am semua pelajar telah berkumpul di Dataran Al-Muttaqin SMAKT untuk menerima tugasan pembahagian kawasan masing-masing. Gotong royong ini telah melibatkan semua guru, kakitangan dan pelajar. 

Selain dari pemantauan, ia juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih ceria, kondusif dan selamat serta dapat meningkatkan kesedaran kepada semua pelajar terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan sekolah adalah tanggungjawab semua pihak. 

Alhamdulillah hasil dari kerjasama dan kesungguhan daripada semua warga SMAKT, gotong royong ini telah berjaya disempurnakan pada pukul 2.00pm. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMAKt di atas segala sumbangan tenaga dan keringat dalam menjayakan program ini.

Tag: 2018 Aktiviti Program 4K

1 komen

Halimahtul Sha'adiah Binti Shamsudin

2018-05-23 03:56:17 UTC

moga akan kekal ceria dan bersih

Sila berikan komen anda di sini