Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA 2017

29 September 2017, Jumaat: Alhamdulillah satu Program Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yasin bagi calon-calon peperiksaan bersijil SMAKT telah berjaya diadakan dan ianya berjalan dengan lancar sepertimana yang direncanakan. Majls bermula sekitar jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Program ini diadakan hasil kerjasama daripada pihak sekolah dan PIBG 2017. Ia juga turut disertai oleh para tetamu yang terdiri daripada barisan AJK PIBG, ibu bapa dan para guru SMAKT. 

Majlis ini telah dimulakan dengan acara mendirikan solat hajat dan diikuti bacaan yasin yang telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Firdaus Bin Azemy. Suasana hening menyelubungi segenap ruang di tapak perhimpunan. Rintihan doa dipanjatkan agar diberikan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat, juga semoga urusan sepanjang peperiksaan berlangsung akan berjalan dengan lancar dan mudah sehingga penghujungnya. 

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan kata-kata azimat daripada Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Hassanuddin Bin Salim. Setiap kalimah yang dikeluarkan dari mulut beliau penuh dengan kalam nasihat yang sangat berharga dan memberikan suntikan semangat kepada anak-anak pelajar agar terus berjuang tanpa mengenal erti putus asa.

Sebelum berakhirnya majlis, semua para tetamu dan pelajar-pelajar dijemput untuk bersama-sama menjamu selera dengan menikmati makanan yang telah disediakan. 

“Semoga kejayaan menjadi milik kalian”.

Tag: Sembahyang Hajat Perdana Aktiviti smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini