Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KURSUS ASAS MEMANAH 2017

Satu Kursus Asas bagi acara memanah telah berjaya diadakan di Taman Awam Kampung Keladan Temerloh. Kursus ini adalah dibawah anjuran Kelab Memanah SMAKT. Seramai 88 orang peserta dan 2 orang guru pengiring telah menyertai kursus tersebut. Power Archery Collection, Temerloh  telah diberikan amanah untuk mengendalikan kursus ini sekaligus memberikan tunjuk ajar mengenai cara dan teknik memanah dengan betul dan selamat. 

Menurut Ustazah Zamila selaku guru pembimbing Kelab Memanah SMAKT, kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat peralatan memanah serta bagaimana cara untuk mengendalikan peralatan tersebut agar tidak tersasar ke tempat lain. Secara keseluruhannya kursus ini berjalan dengan lancar dan juga telah berjaya menarik minat para peserta untuk lebih fokus dan bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baru.   

Tag: smakt Aktiviti Kelab Memanah Kursus Asas Memanah 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini