Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PERTANDINGAN MEMANAH ANJURAN PERSATUAN SENI MEMANAH PAHANG (PESMA)

29 Julai 207, Sabtu : Kelab Memanah SMAKT telah mendapat jemputan untuk menyertai pertandingan memanah dan telah berjaya menempa nama apabila tersenarai sebagai pemenang dalam Pencapaian 15 terbaik di Pertandingan Memanah yang telah diadakan di Chenor sempena Sambutan Pesta Air Chenor Pahang 2017. Acara pertandingan memanah ini adalah di bawah anjuran Persatuan Seni Memanah Pahang (PESMA). 
 
Seramai 5 orang peserta dan seorang guru pengiring dari Kelab Memanah SMAKT telah dihantar bagi menyertai pertandingan tersebut. Seorang peserta lelaki dari SMKT telah memperolehi kedudukan tempat yang ke tujuh manakala peserta perempuan pula telah menduduki tempat yang ke tiga, ke empat, ke lima dan ke sebelas sekaligus tersenarai dalam Pencapaian 15 yang terbaik. Jumlah keseluruhan semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada peserta sekolah-sekolah di sekitar Chenor Pahang.   
 
Menurut guru pengiring iaitu Ustazah Zamila Binti Abdul Aziz tujuan menyertai pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu yang lebih mendalam kepada peserta mengenai peraturan dan selok belok yang perlu ada kepada mereka bagi memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada. Apa yang diharapkan agar semua peserta tidak mensia-siakan ilmu dan pengalaman yang mereka ada agar dapat mencapai kejayaan ke tahap yang lebih baik. TAHNIAH!!!
 

Tag: smakt Aktiviti Pertandingan Memanah Anjuran PESMA Kelab Memanah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini