Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LATIHAN BERPUSAT FASA 2 PESERTA JPN PAHANG MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) KPM PERINGKAT KEBANGSAAAN TAHUN 1440H/ 2019M

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah dilantik sebagai penganjur pusat latihan bagi kontinjen JPN Pahang yang akan ke Pertandingan Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS). Seramai 10 orang guru pelatih dan 88 orang Kontinjen Negeri Pahang telah menjalani latihan selama tiga hari bermula dari 19 hingga 22 Ogos 2019.

Latihan ini adalah bertujuan sebagai persiapan rapi untuk menghadapi persaingan dalam pertandingan di Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) KPM Peringkat Kebangsaaan yang akan berlangsung di Alor Star, Kedah.

Seramai 2 orang pelajar dari SMAKT telah berjaya mewakili Negeri Pahang ke pertandngan tersebut dalam acara Kalimah Sobah iaitu Ahmad Zulhilmi bin Zaid dan acara Quiz Bahasa Arab iaitu Asma’ binti Zuraimay. Semoga kejayaan akan mengiringi Kontinjen dari Pahang.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini