Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

HIWAR SOBAHI (HAYYA NATAKALLAM)

TARIKH : Januari – Oktober  
HARI :  Rabu  
MASA : 7:30-7:40 PAGI  
TEMPAT : Tapak Perhimpunan SMA Al-Khairiah  
PENYERTAAN : Murid-Murid Dan Guru-Guru Bahasa Arab 
 
OBJEKTIF :  
1.1  Memupuk semangat bertutur dalam Bahasa Arab di kalangan murid 
1.2  Membina keyakinan murid untuk menuturkan Bahasa Arab di khalayak ramai 
1.3  Melatih murid agar sentiasa berani dan yakin untuk menggunakan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka  
 
PELAKSANAAN
Program ini dilaksanakan  setiap hari rabu bermula pada bulan Januari sehingga bulan Oktober. Murid-murid dan guru-guru Bahasa melaksanakan program ini di tapak perhimpunan. Murid diedarkan kertas dialog yang berkaitan mengikut tema yang telah disusun pada awal tahun perlaksanaan. Program ini dijayakan dengan melibatkan beberapa orang murid yang terpilih dan guru yang bertugas pada hari tersebut. Antara bentuk aktiviti yang dijalankan adalah berdialog bersama guru dan murid, persembahan pelajar, lakonan pelajar dan mendengar pertuturan bahasa pelajar di khalayak ramai.  
 

Tag: 2019 Hiwar Sobhi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini