Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM

SMAKT – 15 September 2018 (Sabtu) : Bengkel Menjawab Kertas 2, Bahasa Melayu SPM telah berjaya diadakan di Dewan Utama. Bengkel ini telah disertai seramai 172 orang calon SPM 2018. Penceramah jemputan untuk bengkel ini telah didatangkan Khas dari SMK Bukit Cermin iaitu Cikgu Ahmad Murad bin Haji Nordin. 

Bengkel ini adalah di bawah anjuran Panitia  Bahasa Melayu. Objektif utama bengkel ini diadakan ialah untuk membantu pelajar memahami bagaimanakah cara menjawab soalan kertas 2 SPM dengan baik. Semoga para pelajar memanfaatkan segala ilmu sebaik-baiknya ketika peperiksaan sebenar nanti.

Tag: 2018 spm bengkel

0 komen

Sila berikan komen anda di sini