Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2017

SMAKT – Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2017. Majlis ini telah diadakan di Dewan Utama pada hari Jumaat bertarikh 27 April 2018 yang lalu. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2017. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar supaya terus cemerlang pada masa akan datang.

Pada pukul 10.30 pagi semua warga SMAKT sudah mula memenuhi Dewan Utama bagi meraikan majlis tersebut. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan bacaan doa. Kemudian diikuti ucapan perasmian daripada Pengetua SMAKT iaitu Ustaz Zaidi bin Ismail. 

Acara kemuncaknya ialah penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017 yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Hadiah kecemerlangan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail dan GPK HEM I iaitu Ustazah Siti Rahmah Binti Hj Watak. Majlis telah selesai dengan jayanya pada pukul 11.30 tengahari. 

Tag: 2018 Hari Anugerah Kecemerlangan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini