Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

WACANA KEMERDEKAAN 2019

Pejabat Penerangan Temerloh dan Kelab Malaysiaku  telah menganjurkan satu Program Wacana Kemerdekaan di Dewan  Luar Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh. Program ini telah dilaksanakan pada petang Rabu, 4 September 2019. Serami 45 orang ahli yang terdiri daripada Kelab Sejarah, Kelab Bahasa Melayu dan Kelab Malaysiaku telah berpeluang menyertai wacana tersebut. 

Ceramah wacana pada kali ini telah disampaikan oleh Encik Azri bin Zainal Abidin, Pegawai Penerangan Daerah Temerloh. Objektif utama wacana ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai patriotism dalam kalangan generasi muda. Tayangan video dan menjawab soalan kuiz antara aktiviti yang dijalankan sepanjang wacana berlangsung. Semoga semua peserta memperolehi manfaat yang sangat berguna.

Guru yang hadir antaranya ialah Ustazah Kamariyah binti Yusof, Cikgu Sarimah binti Abdul Halim, Cikgu Nurul Shahida binti Ahmad Najid, Cikgu Maizatul Akma binti Othman dan Cikgu Hafida binti Hamzah.

Tag: 2019 Kelab MalaysiaKu

0 komen

Sila berikan komen anda di sini