Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI (BERSAMA GURU & KAKITANGAN)

SMAKT - Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi bagi meraikan persaraan Cikgu Zainualriah binti Ibrahim, Ustazah Che Yah binti Saleh dan Puan Amimah binti Abdul Kadir bersama guru dan kakitangan  telahpun berjaya diadakan pada malam 23 November 2018 (Jumaat) yang lalu. Majlis ini telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Temerloh Pahang. Turut hadir YDP PIBG iaitu Encik Hassanuddin bin Salim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, AMP dan YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang. 

Majlis telah berlangsung seawal jam 8.00 malam dan telah berakhir kira-kira jam 11.00 malam. 
 
Melilit Selasih Si Akar Keladi ,
Selasih Tumbuh Di Dalam Taman,
Sulaman Kasih Junjungan Budi,
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman.

Atur cara majlis :
8.00 pm 
  • Perarakan Masuk VIP & Yang Diraikan
  • Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis
  • Bacaan Doa
  • Acara Memotong Kek
  • Jamuan
  • Persembahan Multimedia
  • Ucapan Wakil Guru 
  • Ucapan Tuan Pengetua
  • Ucapan YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN. 
  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang. 
  • Bingkisan Perpisahan                    
  • Penyampaian Cenderahati
  • Sesi Fotografi
  • Bersalaman & Bersurai

Tag: 2018 perpisahan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini