Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TEMUDUGA KEMASUKAN TAHFIZ TINGKATAN 1

4 Januari 2018, Khamis : Sesi temuduga kemasukan ke kelas tahfiz telahpun diadakan dengan jayanya. Seramai 69 orang pelajar yang berminat dalam bidang penghafalan ayat Al-Quran telah hadir ke Bilik Media 2 untuk menghadiri temuduga tersebut. Terdapat 2 surah wajib yang perlu dihafal oleh pelajar-pelajar semasa sesi temuduga. Surahnya terdiri dari surah As-sajadah dan surah Luqman. Temuduga pada tahun ini telah dihakimi oleh 5 orang guru yang terdiri daripada guru-guru tahfiz dan juga guru-guru Al-Quran SMAKT. Walaubagaimanapun hanya 35 orang pelajar sahaja yang telah berjaya melalui saringan tersebut. 

Sesi orientasi untuk pelajar kelas tahfiz telah diadakan pada keesokan harinya. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang perjalanan kelas tahfiz serta menerangkan bagaimana teknik untuk menghafal dengan cara yang betul.

Apa yang diharapkan semoga Allah permudahkan segala kesungguhan kalian dalam mendalami ilmu Al-Quran. Banyak kelebihan bagi orang yang menghafaz Al-Quran, Allah akan memberi 2 ganjaran iaitu ganjaran di dunia dan juga di akhirat.   

Tag: Tahfiz smakt Aktiviti 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini