Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL BAHASA ARAB SPM 2018

SMAKT – Bengkel Mata Pelajaran Bahasa Arab 2018 telahpun berjaya diadakan di Dewan Utama SMAKT. Bengkel ini telah diadakan pada 21 Julai 2018 (Sabtu) yang lalu. Seramai 144 orang pelajar telah menyertai bengkel tersebut. Mereka terdiri dari tingkatan 5B Ibnu Rusyd, 5C Al-Khawarizmi, 5D Al-Farabi, 5E Al-Biruni dan 5F A-Razi.

Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah Ustaz Shaifuddin Bin Abu Samah yang telah didatangkan khas dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi  Temerloh. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik-teknik menjawab soalan-soalan Bahasa Arab SPM dan perkongsian tips-tips untuk menjawab dengan mudah. Bengkel ini juga dapat membantu mereka untuk bersedia menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selamat berjuang, semoga kalian cemerlang dengan izin Allah.

Tag: 2018 Bahasa Arab smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini