Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TEMUDUGA KEMASUKAN KE KELAS TAHFIZ SESI 2020

Sesi temuduga kemasukan ke kelas tahfiz telahpun diadakan dengan jayanya. Pelajar yang berminat dalam bidang penghafalan ayat Al-Quran telah hadir ke surau untuk menghadiri temuduga tersebut. 
 
Terdapat 2 surah wajib yang perlu dihafal oleh pelajar-pelajar semasa sesi temuduga. Surahnya terdiri dari surah As-sajadah dan surah Luqman. Temuduga pada tahun ini telah dihakimi oleh 3 orang guru yang terdiri daripada guru tahfiz dan guru Al-Quran SMAKT. 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya melepasi temu uji tersebut.
 

Tag: 2020 Tahfiz

0 komen

Sila berikan komen anda di sini