Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL PENULISAN KHAT NASAKH DAN RIK'AH

SMAKT – Bengkel Khat di bawah anjuran guru-guru Khat SMAKT telah berjaya diadakan pada 23 September 2018 (Ahad) yang lalu. 

Seramai 76 orang pelajar dari tingkatan 1 dan 2 telah terlibat dalam Bengkel Penulisan Khat Nasakh Dan Rik’ah ini. Ceramah bengkel ini telah disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar Khat di sekolah ini iaitu Ustaz Mohd Muhaimin bin Dato’ Haji Sulaiman. Beliau begitu berpengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan seni khat.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memupuk minat yang lebih mendalam bagi ilmu seni kaligrafi khat. Semoga segala usaha pihak penganjur akan menghasilkan para pelapis dalam penulisan khat di sekolah ini.

Tag: 2018 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini