Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SOROTAN AKTIVITI AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN MINGGU PERTAMA (22HB hingga 26HB JANUARI 2024)

28 Januari 2024 / 16 Rejab 1445H

Alhamdulillah, semua aktiviti di akhir tahun yang dirancang oleh pihak sekolah bagi minggu pertama bertarikh 22hb hingga 26hb Januari 2024 telah pun berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah disediakan. 

Aktiviti ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memenuhi masa yang terluang selepas berakhirnya Peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Aktiviti ini juga melibatkan bidang Akademik, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Pelbagai aktiviti telah dirancang setiap minggu dari 22 Januari sehingga 9 Februari 2024.  Antara Aktiviti yang dirancang ialah Mukhayyam Arabi, Bengkel Kaedah Hafalan Al-Quran, Ujian Segak, Vocab Programm dan lain-lain. Semoga aktiviti-aktiviti ini akan memberikan manfaat yang terbaik untuk pelajar-pelajar InsyaALLAH.

Tag: 2023 Aktiviti Akhir Tahun

0 komen

Sila berikan komen anda di sini