Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM ASASI SASTERA KUIPSAS

KUIPSAS telah menawarkan Program Asasi Sastera kepada pelajar-pelajar Sekolah Agama Negeri Pahang yang berminat untuk menyambung pelajaran selepas tamat SPM. Bagi pelajar yang berminat bolehlah melawat ke laman web KUIPSAS untuk maklumat lanjut tentang permohonan ke sana. Laman webnya adalah seperti berikut.

https://www.kuipsas.edu.my/ 

 

Antara kelebihan apabila pelajar mengikuti program ini ialah:

1)    Hanya 1 tahun iaitu 3 semester.
2)    Yuran pengajian dan asrama adalah percuma kepada anak Pahang sekiranya menyambung Ijazah ke KUIPSAS.
3)    Hanya 5 kepujian dalam mana-mana subjek pada peringkat SPM.

Tag: 2018 kuipsas

1 komen

Hisyam MHB

2018-04-12 07:04:46 UTC

Assalamualaikum warahmatullah, KUIPSAS mengucapkan terima kasih kepada SMA Al-Khairiah yang menghebahkan maklumat Program Asasi Sastera ini di dalam laman web ini. Sebarang maklumat lanjut boleh terus ajukan kepada saya di talian 019-2301003. Terima kasih. -- Muhammad Hisyamudin Penolong Pendaftar Jabatan Perhubungan Korporat KUIPSAS

Sila berikan komen anda di sini