Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MASISUPA PERINGKAT SEKOLAH DI SAMBUT DENGAN MERIAH

1 FEB 2019, Jumaat :  Majlis Penyampaian Hadiah & Perasmian dan Penutup MASISUPA Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan penuh gilang- gemilang. Acara pertandingan MASISUPA di Peringkat Sekolah ini telah bermula dari 28 haribulan dan berakhir pada 31 Januari yang lalu. Kemudian diikuti pula dengan acara Larian Al-Khairiah yang telah diadakan pada 1 Februari 2019. 
 
Acara pada hari tersebut bermula selepas selesai perhimpunan seawal jam 7.00 pagi. Acara  dimulai dengan bacaan Al-Quran, kemudian disusuli dengan penyampaian taklimat ringkas berkaitan keselamatan dan perjalanan acara oleh S/U Sukan dan S/U Kokurikulum. Kemudian diteruskan lagi dengan acara senaman ringan sebelum larian dimulakan. Tepat jam 8.30 pagi Tuan Pengetua telah melepaskan para pelajar secara berperingkat-peringkat mengikut kategori yang telah ditetapkan.
 
Selepas rehat semua warga SMAKT berkumpul di Dataran Al-Muttaqin untuk acara seterusnya iaitu ucapan Perasmian dan Penutup oleh Ustaz Zaidi Bin Ismail selaku Pengetua SMAKT. Kemudian disusuli dengan acara penyampaian hadiah kepada semua peserta.
 
Dalam temasya sukan pada kali ini, julung-julung kalinya menyaksikan Rumah Merah telah menggondol pingat Emas dalam 2 kategori iaitu acara Ilmiah (9 Emas) dan acara Sukan (7 Emas). Dengan ini sekaligus telah melayakkan Rumah Merah muncul sebagai Johan keseluruhan MASISUPA Peringkat Sekolah 2019 dengan memiliki 16 Emas, 16 Perak dan 10 Gangsa . Naib Johan pula telah disandang oleh Rumah Kuning dengan memiliki 13 Emas. 13 Perak dan 8 Gangsa. Manakala Rumah Hijau di tempat ke-3 dengan memiliki 11 Emas, 8 Perak dan 8 Gangsa. Di tempat ke-4 pula diduduki oleh Rumah Biru, 5 Emas, 14 Perak dan 10 Gangsa. 
 
Tahniah buat semua warga SMA Al-Khairiah yang telah bersama-sama menjayakan program ini dengan jayanya.

Tag: 2019 Ko-Kurikulum MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini