Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 2017

Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua anak-anak didik SMAKT. Mari kita sama-sama Aamiinkan doa ini:

“ Ya Allah, mudahkan urusan anak-anak ini pada hari peperiksaan dan hari-hari seterusnya sehingga selesai peperiksaan. Kurniakan mereka kesihatan baik yang berterusan, selamatkan perjalanan mereka menuju ke Dewan Peperiksaan, lindungi dari halangan dan rintangan.

Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan merea, ingatkan apa yang mereka lupa dan bantu mereka untuk menjawab soalan dengan tepat dan betul, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada mereka.

Ya Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu semata-mata. Terimalah doa kami Aamiin, Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamin.” 

Semoga Kejayaan Milik Anda Semua

Tag: smakt Peperiksaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini