Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD TEMERLOH 2018 BAWAH 12, 15 & 18 TAHUN

SMAKT – Kejohanan Bola Tampar MSSD Temerloh Bawah 12, 15 & 18 Tahun telah berlangsung dengan jayanya di SMK Hwa Lian Mentakab. Ianya telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut bermula dari 18 hingga 19 April 2018. SMAKT telah menghantar dua pasukan iaitu penyertaan bagi kategori lelaki dan perempuan di bawah 18 tahun. 

Dikejohanan kali ini, kedua-dua Pasukan Bola Tampar dari SMAKT hanya mampu menduduki di tempat yang keempat. Majlis penyampaian hadiah kejohanan bola tampar telah disempurnakan oleh Encik Wan Mahmud Bin Wan Ahmad, Ketua Unit di PPD Temerloh.

Walaubagaimanapun pihak sekolah ingin mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan dan usaha yang bersungguh-sungguh kepada semua peserta, jurulatih dan pengurus pasukan iaitu Cikgu Syafiq Bin Ariffin, Ustazah Nor Aini Homsa Binti Mahamad dan Ustazah Syafiqah Binti Shaari. 

Majulah Sukan Untuk Negara.

Tag: 2018 MSSD

0 komen

Sila berikan komen anda di sini