Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 ASRAMA PUTER1 SESI 2020

Program Minggu Orientasi untuk pelajar tingkatan 1 Aspuri bagi sesi 2020 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 10 Januari sehingga 12 Januari yang lalu. Program ini telah dikawal selia oleh Warden dan AJK Asrama sesi 2020.
  
Antara objektif program ini adalah untuk merapatkan ukhwah antara pelajar asrama serta mendedahkan mereka dengan budaya dan persekitaran kehidupan di asrama. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya ice breaking, malam warna-warni, aktiviti rempuhan, night walk dan running muslimah.
 
Apa yang diharap semoga program seumpama ini dapat memberi kesan yang positif untuk membentuk jati diri pelajar agar lebih cekal dan berstamina dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang.
 

Tag: 2020 Orientasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini