Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KEJOHANAN BADMINTON MSSD TEMERLOH 2018

SMAKT – Muhd Khairul Adha Bin Abdul Halim telah berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan sebagai Naib Johan bagi  kategori perseorangan lelaki bawah 18 tahun dalam pertandingan Kejohanan Badminton MSSD Temerloh 2018. Manakala Johan telah dimenangi oleh pemain dari SMK Hwa Lian, Mentakab. Dengan ini pihak sekolah ingin mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan yang diperolehi.

Pertandingan ini telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari 24hb sehingga 26hb Januari 2018 bertempat di Dewan SJK (C) Mentakab 1. Seramai 7 orang pemain yang telah didaftarkan untuk menyertai pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain badminton SMAKT yang telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi.

Tidak lupa juga diucapkan sekalung penghargaan kepada Cikgu Khairul Azhar Bin Abdul Majid dan Ustaz Mohd Muhaimin Bin Dato’ Hj Sulaiman selaku pengurus pasukan kerana telah berjaya membawa masuk pelajar-pelajar dari sekolah agama Khususnya SMA Al-Khairiah ke Kejohanan Badminton MSSD. Apa yang diharapkan agar dapat menempa kejayaan yang lebih baik di kejohanan akan datang. Majulah sukan untuk negara.

 
Berikut  adalah senarai pemain ke Kejohanan Badminton MSSD Temerloh:
1)      Muhammad Khairul Adha Bin Abdul Halim
2)      Muhammad Amirul Aiman Bin Abdul Razak
3)      Ahmad Najmi Bin Ahmad Amin
4)      Amir Bin Mohd Zohri
5)      Ahmad Hariz Bin Jalil
6)      Amsyar Syakir Bin Shahrudin
7)      Mohammad Zihny Haziq Bin Mohd Muhaimin

Tag: 2018 Kokurikulum Kejohanan Badminton MSSD

0 komen

Sila berikan komen anda di sini