Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS MUAFAKAT BERSAMA IBU BAPA PELAJAR TAHFIZ SMAKT

13 Mei 2017, Sabtu: Satu program Muafakat Bersama Ibu Bapa anjuran Kelas Tahfiz SMAKT telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori. Seramai 50 orang tetamu telah hadir pada majlis tersebut. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan daripada ibu bapa berkaitan dengan perjalanan kelas tahfiz agar ianya berjalan dengan lebih baik dan lancar. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru dan juga pihak sekolah. 

Majlis ini telah dimulakan dengan sesi pendaftaran dan para tetamu diminta untuk mengambil tempat di dalam dewan. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada wakil pelajar tahfiz. Selepas itu, GPK I iaitu Cikgu Sofian Binti Sulaiman telah dijemput untuk berucap sekaligus membentangkan perjalanan kelas tahfiz sepanjang tahun. Susulan daripada hasil pembentangan tersebut, satu sesi dialog bersama ibu bapa telah diadakan bagi memberi pandangan serta buah fikiran yang sangat bernas agar dapat memantapkan lagi perancangan yang telah dibuat. Semoga segala kerjasama serta kebaikan yang telah diberikan sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Tag: Aktiviti smakt Tahfiz

0 komen

Sila berikan komen anda di sini