Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LARIAN AL-KHAIRIAH 2018

SMAKT – Pada hari Jumaat bertarikh 16 Mac 2018 bersamaan 28 Jamadilakhir 1439H, telah diadakan Larian Al-Khairiah yang mendapat sambutan amat menggalakkan dari para pelajar. 

Tujuan larian Al-Khairiah diadakan adalah untuk memastikan agar semua pelajar sentiasa dalam keadaan aktif dari segi fizikal dan juga mental. Apabila mereka sihat dari segi mental dan fizikal sudah pasti dapat melahirkan para pelajar yang hebat dan akan beroleh pencapaian yang seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. 

Acara larian ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori dan dilepaskan secara berperingkat. Kategorinya seperti kategori tingkatan 1, kategori tingkatan 2 dan 3 serta kategori tingkatan 4 dan 5 mengikut rumah sukan masing-masing (merah, biru, kuning dan hijau). Jarak larian pelajar lelaki sejauh 6 kilometer beserta 6 check point, manakala pelajar perempuan sejauh 4 kilometer beserta 5 check point.

 Larian Al-Khairiah telah diadakan selepas selesai Majlis Pelancaran 4K. Pelepasan larian Al-Khairiah bagi pelajar lelaki telah dilakukan oleh Ketua Pemuda Umno Temerloh. Manakala bagi pelajar perempuan pula telah dilepaskan oleh Pegawai Polis Perhubungan Sekolah. 

Sepanjang perjalanan acara ini terdapat beberapa orang pelajar yang mengalami kecederaan ringan dan kecemasan seperti sesak nafas. Terima kasih juga diucapkan kepada beberapa orang anggota pihak Polis dan JPAM yang telah bersama-sama berganding bahu bagi memastikan perjalanan acara ini berjalan dengan lancar.
 
Secara keseluruhannya, peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka. Acara berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Tag: 2018 Larian Al-Khairiah Kokurikulum

0 komen

Sila berikan komen anda di sini