Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SESI 2020

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SMAKT sesi 2020 telah berjaya dilaksanakan  pada hari ini Jumaat, bertarikh 31 Januari 2020 bersamaan 6 Jamadilakhir 1441H. Majlis perlantikan ini telah diadakan di Dataran Al-Muttaqin. Seramai 82 orang pelajar telah menerima Watikah Perlantikan Pengawas untuk sesi 2020.

Majlis ini telah dimulai dengan sesi ucapan dan disusuli dengan sesi ceramah bertajuk Kepentingan Disiplin Bagi Menjana Kecemerlangan yang disampaikan oleh En. Zambrie bin Mohammed. Seterusnya Majlis Perasmian dan Penyampaian watikah ini telah disempurnakan oleh En. Zambrie bin Mohammed selaku Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Bahagian Hal Ehwal Murid. Turut hadir ke majlis perlantikan pengawas ini ialah Inspektor Norazan bt Hj Mat Yusop selaku Pegawai Perhubungan Sekolah.

Objektif majlis perlantikan ini diadakan antaranya ialah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas-pengawas agar dapat melakukan tugas yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. 

Semoga majlis ini juga dapat melahirkan pemimpin yang dapat bertindak dan melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan pertimbangan yang rasional. 


Tahniah diucapakan diatas  perlantikan tersebut:

Ketua Pengawas Sesi 2020
- Muhammad Irfan Wafi bin Zaki

Penolong Ketua Pengawas Sesi 2020
- Aina Batrisyia bt Azman

Tag: 2020 Watikah Perlantikan Pengawas

0 komen

Sila berikan komen anda di sini