Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN TINGKATAN 2 HINGGA 5 SESI 2018

2 Januari 2017, Selasa : Pendaftaran Pelajar Tingkatan 2 hingga 5 untuk tahun persekolahan sesi 2018 telah berjaya dilaksanakan pada hari pertama persekolahan semalam.

Pendaftaran pelajar tingkatan 2 telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT. Sebanyak 4 kaunter telah dibuka dan beroperasi secara atas talian (online) sepenuhnya yang mana ia telah dikendalikan oleh guru kelas. 

Manakala tingkatan 3 hingga 5 pula pendaftaran telah dilakukan secara manual dengan guru kelas didalam kelas masing-masing. 

Walau bagaimanapun semua proses pendaftaran pada hari tersebut berjalan lancar dari jam 8 pagi sehingga berakhir jam 12 tengahari. Dengan ini pihak sekolah ingin mengucapkan selamat kembali kealam persekolahan bersama azam baru dan semangat yang baru.


Tag: 2018 smakt Pendaftaran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini