Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SEMINAR PENULISAN RESUME DAN TATACARA UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA

SMAKT- 31 Januari 2018

Unit Bimbingan Dan Runding Cara telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk Penulisan Resume Dan Tatacara Untuk Menghadiri Temuduga. Sasaran tertumpu kepada 173 orang pelajar dari tingkatan 5 sahaja. Seawal jam 8.00 pagi para pelajar sudah pun memenuhi Dewan Al-Abqori.

Seminar ini telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari University Management And Science (MSU) iaitu En. Norsham Bin Umar. Beliau merupakan salah seorang Pensyarah di university tersebut. 

Menurut beliau, informasi yang diberi ini adalah perkara asas yang pelajar perlu tahu ketika membuat permohonan kerja melalui resume. Semasa menulis resume mereka kena  pastikan bahawa resume adalah suatu perkara yang sangat ringkas tetapi padat dengan maklumat-maklumat diperlukan untuk melayakkan diri mereka mengisi kekosongan jawatan yang hendak dipohon nanti. Semoga apa yang disampaikan ini akan memberi manfaat yang sangat berguna kepada pelajar.

 
Objektif utama seminar ini diadakan adalah :
1) Untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimanakah cara yang betul dan tepat dalam penulisan resume. 
2) Untuk memberi keyakinan kepada pelajar membuat permohonan biasiswa dan juga kerjaya.
3) Untuk memberi maklumat kepada pelajar tentang tatacara bagi menghadiri satu temuduga.

 

** Seminar berakhir pada pukul 10.30 pagi **

Tag: 2018 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini