Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2019M/1441H telah diadakan pada hari ini bertarikh 12 Rabiulawal 1441H bersamaan 9 November 2019 (Jumaat) bertempat di Dewan Utama SMAKT. Tajuk Ceramah yang telah dipilih adalah bertemakan Negara Rahmah Ummah Sejahtera. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas dari Maahad Annoer Janda Baik, Bentong Pahang iaitu Ustaz Mohd Khalil bin Othman.
 
Matlamat utama ceramah ini diadakan adalah untuk memperingati sejarah kelahiran dan perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menegakkan Islam. Seterusnya untuk mengetahui serta mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini