Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-61

SMAKT – 14 September 2018 (Jumaat) : Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-61 yang bertemakan Sayangi Malaysiaku telah berjaya diadakan pada pukul 7.20 minit pagi. Majlis ini telah berlangsung dengan meriahnya di Dataran Al-Muttaqin. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi soalan kuiz kemerdekaan. Hadiah telah disampaikan oleh tuan pengetua iaitu Al-Fadhil Ustaz Zaidi bin Ismail.
 
Berikut adalah antara objektif yang ingin dicapai sempena sambutan bulan kemerdekaan:-
Ø  Pelajar dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
Ø  Pelajar mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia.
Ø  Pelajar dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan.
Ø  Pelajar mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

Tag: 2018 Bulan Kemerdekaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini