Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM PEMANTAUAN 4K KALI-1 2018

SMAKT - Pemantauan 4K daripada bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang untuk tahun ini telahpun selesai dijalankan pada 5 Julai 2018 (Khamis) yang lalu. Pemantauan 4K ini dinilai berdasarkan kepada empat aspek iaitu kerohanian, kebersihan, keselamatan dan kebersihan. 

 Pegawai-pegawai yang terlibat untuk Pemantauan 4K di SMAKT adalah Ustaz Mohamad Hafiz Bin Mahusin, Ustaz Mohd Najib bin Jaafar, Cikgu Aminah Murni bt Hassan dan Ustazah Suhaina Aida Bt Abd Rashid.
 
Pemantauan 4K telah dimulai dengan pembentangan slaid, kemudian disusuli lawatan pemantaun keseluruh kawasan sekolah serta asrama dan berakhir dengan rumusan keseluruhan hasil pemantauan dari ahli panel di bilik mesyuarat. Aktiviti pemantauan telah bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 4.00 petang.  
 
  
Terima kasih atas kehadiran para Pegawai Pemantau 4K ke SMAKT.

Tag: 2018 Program 4K smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini