Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SALAM NUZUL AL-QURAN 1445H

28 MAC 2024 (KHAMIS) / 17 RAMADHAN 1445H 

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.

“Bulan Ramadan padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah…….” [ Q:S. Al-Baqarah : 185 ]

Marilah kita sama-sama memperingati dan menghayati kembali peristiwa Agung ini dan perjuangan Baginda SAW dalam menyebarluaskan dakwah untuk menegakkan syariat yang diturunkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. 

Oleh itu, kami dari warga SMAKT ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1445H.

Tag: 2024

0 komen

Sila berikan komen anda di sini