Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2018

SMAKT – Program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah telahpun berjaya diadakan di Dataran Al-Muttaqin SMAKT pada 29 Jun 2018 (Jumaat) yang lalu. Juadah-juadah yang telah disediakan oleh pihak penganjur antaranya kambing golek, sate ayam, lemang, nasi beriani dan lain-lain.

Objektif utama program ini diadakan adalah bagi melahirkan rasa penuh kesyukuran kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk kita bersama-sama menyambut Aidilfitri serta ia juga dapat meningkatkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan sekolah dan juga pelajar. 

Tetamu kehormat yang turut sama hadir memeriahkan sambutan hari raya kali ini antaranya YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN, Tuan Qadhi Daerah Temerloh iaitu Ustaz Aziz Bin Abdul Karim dan Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor  Norazan Bt Hj Yusop. 

Tag: 2018 smakt Program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini