Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SMA AL-KHAIRIAH MUNCUL JUARA KESELURUHAN MASISUPA ZON 3

26 Jun / 7 Zulhijah 1444H
Kejohanan MASISUPA kali ke 39 bagi ZON 3 telahpun melabuhkan tirai pada Ahad, 25 Jun 2023 dengan menobatkan SMA Al-Khairiah sebagai juara keseluruhan selepas mengutip sebanyak 20 emas dalam kejohanan kali ini. SMA Al-Khariah juga telah mengungguli juara bagi acara ilmiah, manakala juara bagi acara sukan dimenangi SMA Chenor. Dalam pada itu, 20 emas yang dimiliki terdiri daripada 13 acara ilmiah dan 7 acara sukan. 

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Exco Hal Ehwal Agama Islam Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YH. Dato' Dr Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah JAIP, Encik Zaidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan, Tuan Pengetua, Dr Haji Saliturahim bin Alias, YB Hassanuddin bin Salim, YDP PIBG merangkap ADUN Semantan, dan barisan pengetua bagi sekolah yang terlibat.

Tag: 2023 MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini