Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH MASISUPA KE-34

SMAKT – Alhamdulillah pasukan dari Zon 3 sekali lagi telah dinobatkan sebagai juara Ilmiah, juara sukan dan sekaligus telah diumumkan sebagai juara keseluruhan di Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Pahang (MASISUPA) kali ke-34 bagi tahun 2018. 
 
Kejayaan ini telahpun diumumkan ketika Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas iaitu YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad yang mewakili Menteri Besar Pahang iaitu YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Bin Yaakob SDSA., SSAP., DSAP., DGSM.
 
Pada tarikh 20 Mac 2018 bersamaan 2 Rejab 1439H (Selasa) satu majlis penutup telah diadakan. MASISUPA di peringkat pusat pada tahun ini telah dilaksanakan di SMA Al-Maidah AdDiniah Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang bermula dari 17 Mac 2018 yang lalu. 

Apa yang boleh dibanggakan ialah Zon 3 telah berjaya  mengekalkan kejuaraannya sebanyak 4 kali berturut-turut. Pasukan Zon 3 telah disertai oleh peserta dari 6 buah Sekolah Menengah Agama yang terdiri daripada SMA Chenor, SMA Al-Khairiah, SMA Al-Wosto, SMA Pelangai, SMA Guai dan SMA Darunnaim.  
  
Syabas dan Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing Zon 3.
 

Tag: 2018 MASISUPA

1 komen

Atunsham

2018-03-22 14:09:23 UTC

Tahniah semua kontijen zon 3... Tingkatkan lg prestasi...moga terus kekal cemerlang...

Sila berikan komen anda di sini