Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-62

Satu majlis yang gilang-gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan telah berjaya  diadakan di Dataran Al-Mutaaqin Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh pada 30 Ogos 2019 (Jumaat) yang lalu. Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini ialah “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”.
 
Pada sambutan kali ini pelbagai acara telah disediakan oleh pihak penganjur antaranya ialah  ucapan dari ikon cemerlang, nyanyian lagu kebangsaan, bacaan puisi, deklamasi sajak serta gimik sambutan hari lahir kepada semua warga SMAKT yang telah lahir pada 30 & 31 Ogos 2019.
 
Namun apa yang menariknya pada sambutan kali ini ialah penganjuran acara pertandingan pakaian beragam sempena kemerdekaan. Semua warga SMAKT telah menyambut baik dan memberi sokongan yang padu pada acara tersebut. Setiap kelas dari semua tingkatan telah menghantar seorang wakil bagi menyertai pertandingan tersebut. Begitu juga penyertaan daripada guru-guru dan kakitangan sangat menggalakkan. Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk  menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri kalangan pelajar. 
 
Pihak sekolah berharap majlis Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini,dapat menyedarkan semua pelajar tentang pentingnya erti kemerdekaan dalam kehidupan. Majlis telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua para pemenang. 

Tag: 2019 merdeka

0 komen

Sila berikan komen anda di sini