Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS TILAWAH QURAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 1440H/2019M

Tahniah diucapkan diatas kejayaan yang diperolehi oleh wakil peserta dari SMAKT yang telah menyertai  pertandingan MTQ di Peringkat Negeri Pahang. Seramai 3 orang peserta telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan tersebut.Ustaz Mohd Firdaus bin Azmy telah telah mengiringi peserta ke pertandingan tersebut.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pertandingan MTQ peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada 13 April 2019 yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lipis, Kuala Lipis, Pahang

 
Berikut adalah senarai nama peserta SMAKT ke MTQ Peringkat Negeri Pahang 2019:
  1. Mohamad Iqbal Afiq bin Mohamad Nor | Acara Hafazan Al-Quran Lelaki Menengah | JOHAN
  2. Nurul Ain binti Rozali | Acara Hafazan Al-Quran Perempuan Menengah | PENYERTAAN
  3. UmiHanii Ah binti Abd Bashari | Acara Tilawan Al-Quran Perempuan Menengah | JOHAN

Tag: 2019 MTQ

0 komen

Sila berikan komen anda di sini