Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

REHLAH DAN JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS 1 BUKHORI

Rabu, 23 November 2016: Satu program Rehlah untuk pelajar tingkatan 1 Bukhori telah di laksanakan di Taman Tasik Bandar Temerloh. Program tersebut telah disertai seramai 17 orang pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki. Program ini telah di iringi oleh Ustazah Halimahtul Sha'adiah Bt Shamsuddin selaku guru tingkatan. Antara acara dalam program tersebut adalah riadah seperti berjogging, bersenam dan bersukan. Acara ini di akhiri dengan jamuan akhir tahun 2016.

Tag: Tahfiz smakt Aktiviti

Papar Artikel

PENETAPAN KEDUDUKAN KELAS 2017

Khamis, 24 November 2016: Senarai kedudukan kelas mengikut peratus Peperiksaan Akhir Tahun 2016 telah ditetapkan oleh pihak penyelaras tingkatan 1 dan 2. Para pelajar dikehendaki melihat paparan yang di tampal bagi memudahkan mereka mengetahui kelas untuk tahun 2017.

Tag: smakt Peperiksaan

Papar Artikel

KQ 3 25 SEHINGGA 29 NOVEMBER 2016

Selasa, 29 Nov 2016: Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahfiz tingkatan 1, 2 dan 3 dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh telah menyertai satu program dibawah anjuran Kelas Tahfiz SMAKT yang dinamakan Perkampungan Al-Quran kali ke-3 ataupun ia lebih dikenali dengan nama Kampung Q. 

Program ini telah diadakan di perkarangan SMAKT bermula dari 25 sehingga 29 haribulan November 2016, ia berlangsung selama lima hari. Seramai 8 orang guru dan 11 orang...

Tag: Tahfiz smakt Aktiviti