Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "pt3"

Papar Artikel

MAJLIS RESTU ILMU PT3 2018

SMAKT – Majlis Restu Ilmu bagi calon PT3 2018 seramai 203 orang telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqari pada 26 September 2018. Majlis telah berlangsung pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. 

Majlis restu ilmu ini merupakan satu langkah untuk mempersiapkan calon PT3 dari segi fizikal dan mental sebagai persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Rasionalnya program ini mampu menjadi kekuatan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerana memperoleh...

Tag: 2018 pt3

Papar Artikel

MAKLUMAN JADUAL WAKTU ANJAL TINGKATAN 3 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedang melaksanakan jadual Waktu Anjal bagi pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi Peperiksaan PT3 tidak lama lagi. 

Program ini dijalankan bermula dari 19 hingga 25 September 2018 mengikut jadual pelaksanaan Program ini.

Sekian dimaklumkan.

Tag: 2018 pt3

Papar Artikel

BENGKEL KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2018

SMAKT – Satu Bengkel Kecemerlangan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqari dan di Bilik Media 1. Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh penyelaras program. 

Bengkel ini telah diadakan pada 4 dan 5 Ogos 2018, kemudian bersambung pada minggu berikutnya selepas para pelajar menduduki peperiksaan percubaan iaitu pada 11 dan 12 Ogos 2018 yang lalu. Sasaran bengkel ini tertumpu kepada 203 orang pelajar...

Tag: smakt pt3 2018