Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "perpisahan"

Papar Artikel

SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI (BERSAMA PELAJAR)

SMAKT – Satu majlis persaraan bersama-sama pelajar telah berjaya diadakan dengan meriahnya pada 23 November 2018 (Jumaat) baru-baru ini. Majlis ini diadakan sempena persaraan Cikgu Zainualriah binti Ibrahim, Ustazah Che Yah binti Saleh dan Puan Amimah binti Abdul Kadir (kakitangan) yang secara rasminya telah menamatkan perkhidmatan mereka di sekolah ini. 

Dalam majlis tersebut, kesemua yang dirai telah diarak dengan diiringi bacaan selawat menuju ke singgahsana yang tersergam indah....

Tag: 2018 perpisahan

Papar Artikel

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NORIRANA BT MOHD SUHAIMI

Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Cikgu Norirana Bt Mohd Suhaimi. Beliau telah menabur bakti selama 5 tahun di sekolah ini dengan mengajar mata pelajaran Sains untuk tingkatan 1, 2 dan 5. 

Seluruh warga SMAKT merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Norirana di atas perkhidmatan yang diberi sepanjang berada di sini. Semoga cikgu terus maju dalam kehidupan dan didoakan agar sentiasa diberi nikmat kesihatan yang berterusan.

Tag: 2018 perpisahan

Papar Artikel

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali"...


Janji Allah itu pasti. Kami seluruh warga Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarhamah Puan Ragayah binti Ahmad yang merupakan salah seorang pekerja di sekolah ini. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat yang sangat indah bertarikh 21 September 2018 bersamaan 11 Muharram 1440H. 

Al-Fatihah…  Semoga roh beliau tenang di sana dan sentiasa...

Tag: 2018 perpisahan

Papar Artikel

MAJLIS SULAMAN KASIH JUNJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN USTAZAH ST RAHMAH BERSAMA PELAJAR SMAKT

SMAKT –17 Ogos 2018 (Jumaat) Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi telah berjaya diadakan di Dataran Al-Muttaqin bagi meraikan persaraan GPK HEM iaitu Ustazah ST Rahmah bt Hj Watak bersama warga SMAKT khususnya bersama para pelajar. 

Majlis disambut dalam suasana yang begitu hening penuh dengan perasaan sayu dan hiba. Namun tidak dapat diungkap dengan kata-kata, hanya riak wajah yang terpapar tanpa bicara. Telah banyak jasa dan bakti yang dicurahkan oleh beliau demi kejayaan anak-anak...

Tag: 2018 perpisahan