Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "Kurikulum"

Papar Artikel

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018

SMAKT - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 bagi semua pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 SMAKT khususnya dan SMAN amnya, sedang berlangsung bermula dari tarikh 14 Mei 2018 (Isnin) dan akan berakhir pada 27 Jun 2018 (Rabu) mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh JAIP.

Dengan ini pihak sekolah ingin mengucapkan selamat maju jaya, jawablah dengan tenang dan semoga beroleh pencapaian yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ...

Tag: 2018 Peperiksaan Kurikulum

Papar Artikel

SYABAS DAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN ANDA "SPM 2017"

TAHNIAH buat pelajar-pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan SPM tahun 2017 pada hari Khamis yang lalu. Bagi keputusan keseluruhannya SMAKT telah menduduki ranking yang ke-5 daripada 18 buah sekolah SMAN dengan memperoleh GPS sebanyak 4.16 berbanding 4.35 pada tahun 2016. 

Seramai 47 orang pelajar telah memperoleh keputusan 5A ke atas. Semoga kejayaan yang anda perolehi pada kali ini akan dapat membantu melancarkan lagi perjalanan untuk menuntut ilmu pada masa akan datang. 

...

Tag: 2018 Keputusan SPM Kurikulum

Papar Artikel

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) TAHUN 2017 " TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN ANDA"

29 Disember 2017, Jumaat: Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2017 telah pun diumumkan pada hari ini. Semua calon telah mengambil keputusan daripada guru kelas masing-masing pada jam 10.30 pagi di Dewan Utama SMAKT. Keputusan bagi Pelajar-Pelajar Cemerlang SMA telah disampaikan oleh Ustaz Badrul Hisham bin Abdul Aziz selaku SU Kokurikulum SMAKT. Turut hadir pada sesi penyerahan keputusan tersebut ialah YDP PIBG sesi 2017-2019 iaitu Encik Hasanuddin Bin Salim.

Seramai 181 orang...

Tag: SMA 2017 smakt Kurikulum Peperiksaan Keputusan Peperiksaan

Papar Artikel

TAHNIAH DIATAS KECEMERLANGAN ANDA "PT3 2017"

14 Disember 2017, Khamis :  Keputusan PT3 2017 telah pun diumumkan di seluruh negeri. Seramai 202 orang pelajar SMAKT telah menduduki Ujian PT3 pada tahun ini. Mereka hadir dengan penuh harapan agar kejayaan menjadi milik mereka sekaligus dapat membanggakan ibu bapa dan nama sekolah.

Keputusan PT3 2017 ini dengan rasminya telah mencatatkan seramai 37 orang yang memperoleh keputusan yang cemerlang dari 11A sehingga 6A.

Penyerahan keputusan telah dilakukan oleh guru kelas bermula jam 10.30...

Tag: PT3 2017 smakt Kurikulum Keputusan Peperiksaan