Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

TENANGLAH KAMU DI SANA WAHAI ANAK MURIDKU....

TAMAN MENTIGA JAYA,29 OGOS 2017 – Satu kemalangan ngeri telah berlaku di simpang lampu isyarat kira – kira jam 5 .00 petang semalam ( 28 /8/2017) . Kemalangan terbabit melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah lori , menurut saksi di tempat kejadian kemalangan maut itu berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu lori yang telah melanggar lampu isyarat merah ketika kejadian lalu melanggar 2 orang penunggang motosikal terbabit .

 Motosikal tersebut yang datang dari arah bandar pekan memasuki simpang Taman Mentiga dibawa oleh abangnya ( Alif Bin Jasni ) ketika menghantar adiknya ( Adib Bin Jasni )pulang setelah tamat kelas tambahan di salah sebuah Sekolah Tinggi Agama di Pekan manakala pemandu lori datang dari arah Kuantan ke Pekan ketika itu . Malang tidak berbau , ketika kejadian orang ramai turut membantu malah sempat mengajar arwah Adib Bin Jasni 18 tahun mengucap , lalu meninggal di tempat kejadian . Pemandu lori berkenaan telahpun ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Arwah Adib Bin Jasni adalah merupakan bekas pelajar Sma Al –Attas tahun 2012 hingga 2016 . Arwah merupakan seorang pelajar yang berdedikasi malahan menjadi barisan pemimpin di Al –Attas ketika dahulu dengan memegang jawatan sebagai pengawas sekolah . Semoga Allah merahmati roh arwah & di tempatkan bersama – sama orang beriman..aamin.

salam takziah daripada kami warga sma al -attas kepada semua ahli keluarga Encik Jasni...

Tag: #AJAL MAUT DITANGAN YANG MAHA ESA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini