Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

SEGMEN CELIK ILMU DARIPADA BADAN DAKWAH KEROHANIAH SEKOLAH

DATARAN KEJAT SMA AL –ATTAS PEKAN , 7 JULAI 2017 – Badan Kerohaniah sekolah amat memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi terutamanya sentiasa bertindak sebaga rakan kongsi maklumat & nasihat kepada semua pelajar malahan guru – guru . Pada pagi 6 julai yang lalu  selaku Ketua Badan Dakwah & Kerohaniah sekolah adik Mohd Irfan Bin Badrulzaman sering berkongsi idea bersama – sama ajk yang lain setiap kali perhimpunan pagi dilaksanakan . Taskirah bertajuk adab sebagai seorang pelajar dikupaskan kepada semua murid pada pagi itu . Tajuk tersebut meliputi adab pelajar ketika belajar malahan beliau juga sempat menyelitkan beberapa nasihat kepada semua dengan pelbagai kisah yang dapat dijadikan iktibar supaya kecemerlangan dalam diri seseorang dapat dibentuk melalui pelbagai aspek terutamanya hubungan dengan Allah & manusia haruslah sentiasa baik . 

Tag: #BADAN DAKWAH KEROHANIAH SEKOLAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini