Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PELAJAR CEMERLANG KELAS TAHFIZ MENDAPAT PUJIAN

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 13 FEB 2017 – Terpilih menjadi sebahagian daripada Pelajar Kelas Tahfiz  Imam Hafs adalah merupakan peluang keemasan kepada mereka kerana dapat mengapai keredaan Allah dalam merealisasikan impian sebagai pewaris ulama iaitu dari sudut penghafalan  beberapa juzuk al –Quran yang ditetapkan mengikut sasaran tahunan kelas tersebut. Selaku Guru Kelas Tahfiz Imam Hafs , Puan Nurhidayah Binti Suhaimi juga telah membaca nama para pelajar yang terpilih dalam temu duga baharu – baharu ini seramai 13 orang . Bagi menyempurnakan majlis tersebut Tuan Pengetua Tuan Haji Mod Najib @ Mohammad Najib Bin Yaakob yang diiringi oleh GPK Kurikulum Ustaz Mohd Shaikan Bin Mohd Mokhtar sudi menyampaikan sijil pada hari itu . Salah satu perkara yang membanggakan lagi adalah dengan pemberian sijil penghargaan kepada salah seorang pelajar tahfiz tahun 2016 iaitu Mohd Hakim Bin Nasir telah dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Tahfiz Imam Hafs . Adik Hakim telah berjaya menghabiskan 8 juzuk setahun iaitu melepasi target tahunan ,sebagai tanda penghargaan daripada Tuan pengetua satu sumbangan berbentuk wang saguhati telah diberikan . Tahniah & teruskan usaha dalam memartabatkan cinta akan al –Quran .

Tag: # PELAJAR TAHFIZ

0 komen

Sila berikan komen anda di sini