Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PENYERAHAN SLIP PELAJAR TING 3,4 &5

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 28 /7/2017 – Kecemerlangan para pelajar tetap diteruskan oleh pihak pengurusan sekolah dengan mengadakan satu perjumpaan bersama – sama ibu bapa pelajar tingkatan 3 , 4 & 5 pada hari semalam ( 27 /7/2017 ) di dewan syed hassan al –attas tepat jam 10 pagi . Perjumpaan tersebut juga bertujuan untuk semua guru kelas melaksanakan  penyerahan slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak – anak mereka . Setelah selesai penyerahan slip daripada guru kelas masing – masing , para ibu bapa diterangkan segala jenis skop oleh GPK Kurikulum Ustaz Mohd Shaikhan Bin Mohd Mokhtar  bagi melayakkan anak – anak pelajar meneruskan kecemerlangan dalam peperiksaan bertulis seperti PT3 , SMA & SPM . Di samping itu , sebagai bahan bukti segala gerak kerja telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan anak – anak mereka dengan menunjukkan gambar kelas tambahan , seminar hala tuju selepas SPM malahan terdapat juga gambar seminar setiap tingkatan dengan memanggil pelbagai penceramah & guru cemerlang dari sekolah lain agar peningkatan idea dapat dirasai oleh semua pelajar . Tidak ketinggalan sebagai kepala sekolah Tuan Pengetua Tuan Haji Mod Najib @ Mohammad Najib sempat memberikan kata – kata nasihat & sedikit penerangan kepada anak – anak pelajar yang berada di dalam dewan ketika itu .Tepat jam 12 tengah hari perjumpaan ibu bapa bersurai dengan segala hasrat tercapai ,malahan segala gerak kerja kecemerlangan haruslah mendapat kerjasama sama ada daripada guru mahupun ibu bapa agar kejayaan dapat dicapai .

Tag: #PT3 SMA & SPM

0 komen

Sila berikan komen anda di sini