Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PENCAPAIAN TERBAIK PESERTA MERENTAS DESA MSSD

SEK .MEN .KEB. CHINI 2 ,PEKAN , 31 JAN 2018 – Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD PEKAN telahpun melabuhkan tirainya pada hari semalam . Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Adun Chini YB Dato’Sri Abu Bakar Bin Haji Harun , SSAP.,DIMP.,SMP tepat jam 12 tengah hari . Sebelum acara bermula , para pelajar diminta melakukan aktiviti memanaskan badan iaitu senamrobik yang dikelola oleh SK LKTP Chini Timur 1 .Pada jam 9.00 pagi peserta dilepaskan mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu perempuan B15 ,lelaki B15 , perempuan B18 , perempuan B12 ,lelaki B12 & yang terakhir lelaki B18 . 

Seperti tahun – tahun sebelum ini , SMA Al –Attas berkesempatan menghantar wakil pelajar ke kejohanan tersebut seramai 24 orang . Selaku guru pengiring Puan Nursyahirah Bt Mohd Khadli & Puan Hafizah Bt Omar  amat berpuas hati atas pencapaian terbaik salah seorang peserta B15 Mohamad Adam Danial Bin Baharum yang mendapat tempat ke – 8 dalam kejohanan tersebut . Sebagai mengakhiri kejohanan tersebut majlis penyampaian hadiah telah diadakan , pemenang menerima medal & sijil penyertaan . Tahniah diucapkan kepada adik Adam kerana mengharumkan nama Al – Attas . 

 

Tag: #KOKURIKULUMMSSD

0 komen

Sila berikan komen anda di sini