Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

RAMAH MESRA BERSAMA PELAJAR BAHARU

 

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 5 JAN  2017 –  Hari suai kenal @ Hari Ramah Mesra bersama – sama  pelajar tingkatan satu telah dijalankan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar  & Unit Disiplin Sekolah. Program itu dilaksanakan bertujuan memberikan pendedahan kepada semua pelajar mengenai pelbagai aspek yang perlu diambil perhatian. Perhatian yang sering diperkatakan termasuklah dari segi disiplin para pelajar ke sekolah & peraturan yang wajib dipatuhi mereka . Guru yang terlibat ketika proses penyampaian maklumat seperti GPK HEP Encik Zakaria Bin Mahmod,Setiausaha Disiplin Sekolah Ustaz Syukor Bin Ahmad Gundal & Selaku Warden Asrama Ustazah Rohana Binti Abdul Latiff .Bagi pelajar tingkatan satu ,mereka berasa seronok kerana pada hari tersebut mereka dapat berbual santai bersama – sama rakan lain , menyanyikan lagu sekolah agama & membawa mereka semua ke sekitar kawasan sekolah terutamanya berkunjung ke bilik darjah masing – masing .Selamat datang kepada semua pelajar baharu semoga kejayaan cemerlang milik anda yang berusaha .



Tag: # SANTAI PELAJAR BAHARU

0 komen

Sila berikan komen anda di sini