Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

LANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2017

TAPAK PERHIMPUNAN SMA AL –ATTAS ,23 NOV 2016 – Pada pagi yang indah itu telah berlangsungnya Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2017 .Surat Pelantikan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Mod Najib @ Mohamad Najib Bin Yaakob. Semoga dengan lantikan baharu ini akan lebih menjaga disiplin sekolah agar sentiasa terjaga . Setelah selesai surat lantikan diserahkan kepada pelajar yang terpilih para hadirin juga dapat menyaksikan Majlis penyerahan tugas ketua pelajar 2016 Mohamad Syazwan Aiman Zulkifli kepada wakil penerima pengawas sekolah 2017 Mohd Hazrul Hafiz Bin Mohamad Hamka .Selaku Setiausaha Badan Disiplin & Pengawas Sekolah, Puan Wan Nasyitah Wan Nazri berkata pemilihan kali ini menitik beratkan disiplin para pengawas terlebih dahulu agar mereka dapat dibentuk sebagai pemimpin berwibawa untuk sama –sama berganding bahu dalam merealisasikan sifar  salah laku .

Tag: #SMA AL -ATTAS ( PENGAWAS SEKOLAH 2017)

0 komen

Sila berikan komen anda di sini