Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

TUAH ADIK MOHD AZAM BIN NAIM

SEKOLAH MENENGAH SERI BENTONG , 8 APRIL 2017 – Majlis Tilawah Al –Quran Sekolah – Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia kategori menengah telah berlangsung baru – baru ini di Bentong Pahang . Sma Al – Attas merupakan sekolah agama yang menyertai acara tersebut iaitu dengan menghantar adik Mohd Azam Bin Naim kerana beliau menjadi Johan peringkat daerah pekan yang berlangsung sebelum ini di SMK Dato Mahmud Mat Pekan 9 Mac yang lalu . Penyertaan adik Mohd Azam Bin Naim pada kali ini di majlis tersebut membuahkan hasil yang membanggakan semua pihak terutamanya warga SMA Al – Attas kerana melalui bacaan yang merdu & teratur telah melayakkan beliau meraih gelaran johan keseluruhan bagi kategori lelaki menengah pada hari tersebut . Kejayaannya telah membawa nama daerah pekan di tempat teratas dengan mengalahkan daerah Jerantut , Kuantan yang masing – masing di tempat kedua & ketiga , tahniah diucapkan .

Tag: # HIDUPKAN BUDAYA MEMBACA AL -QURAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini