Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

Slot Perkongsian Dilema Pemilihan Aliran Pengajian Ting 4

Perkara : Slot Perkongsian Dilema Pemilihan Aliran Pengajian Ting 4
Disampaikan Oleh  : Prof Madya Dr Salleh bin Amat .

Mulai tahun  2020 tidak wujud lagi aliran sains dan sastera tetapi mengguna pakai aliran STEM dan aliran sastera dan kemanusiaan . Berkaitan daripada tidak kewujudan tersebut maka dengan ini para pelajar mempunyai lebih kebebasan untuk memilih mata pelajaran mengikut minat & kecenderongannya.Walau bagaimanapun ,  Ini tidak bermakna pelajar boleh bebas memilih apa-apa mata pelajaran semasa dalam kelas tingkatan 4. KSSM* (Kurikulum Standard Sekolah Menengah), kerana mulai 2020 kementerian pendidikan menawarkan dua golongan pakej utama iaitu :

1, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

2. Sastera dan Kemanusiaan. ( S&K ).

Pemilihan Subjek ting 4 haruslah berdasarkan beberapa perkara di bawah :

1)PBD
2)Keputusan PT3
3)Ujian Psikometrik
4)Cadangan atau galakkan drpd guru atau guru kaunseling (kaunselor) .


Berikut adalah antara perkongsiaan berguna daripada  Prof Madya Dr Salleh Bin Amat selaku Pensyarah Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang bersiaran pada pagi tadi 18 Dis 2019 di TV1 jam 8 Pagi sebentar tadi .

1)Peranan ibu bapa utk berbincang dgn anak - anak dlm menentukan bdg pengajian sewaktu tingkatan 4 mengikut kesesuaian minat anak dan ibu bapa.Contohnya, Dilema berlaku apabila anak ingin mjd guru tetapi ibu bapa seorg Dr..Maka ibu bapa menanggap anak- anak bercita cita seperti mrk lalu menentukn pemilihan aliran anak - anak tetapi apabila anak berada di alam universiti timbul sifat bosan kerana tidak berminat utk bljr disebabkan paksa pjga yg menentukan hala tuju mereka tanpa kerelaan hati anak - anak itu sendiri .

# Maklumat berguna di atas  telah dikongsi oleh kaunselor Sek Menengah Agama Al - Attas Pekan Cik Nabilah Bt Nyan .Bagi ibu bapa setiap anak - anak adalah harapan kita untuk melihat mereka berjaya tetapi kita diharapkan lebih prihatin agar cita - cita & minat anak - anak dapat membuatkan mereka gembira memilih aliran yang diminati agar kelak saluran tersebut mewujudkan lagi jiwa cemerlang dalam diri anak - anak itu sendiri .

Tag: #TING42020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini