Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

TEMU DUGA KELAS TAHFIZ IMAM HAFS

BILIK TAHFIZ IMAM HAFS, 25 JAN 2017 – Seramai 17 orang pelajar telah menjalani temu duga bagi  melayakkan mereka menjadi sebahagian  pelajar tahfiz pada tahun ini . Temu duga tersebut terbuka kepada pelajar tingkatan 1 yang telah mengisi borong permohonan , paling penting mereka berminat dalam menghafaz ayat – ayat suci al –Quran . Temu duga yang telah dikendalikan oleh Puan Nurhidayah Binti Suhaimi bersama – sama Cik Ummi Salamah Binti Abdul Karim yang berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 8 pagi hingga 10.00 pagi . Pelajar tersebut diberikan selama satu jam untuk menghafal surah yang ingin diuji . Suasana temu duga menjadi lebih  mencabar kerana masing – masing bersaing untuk memenangi hati juri dengan cuba menghafaz surah mengikut kemampuan mereka .Mengikut kata Puan Nurhidayah selaku guru tahfiz Al –Attas , keputusan temu duga akan diberitahu pada bulan 2 nanti . 

Tag: #KELAS TAHFIZ

0 komen

Sila berikan komen anda di sini