Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

SELAMAT KEMBALI KE SESI PERSEKOLAHAN 2018..AZAM BAHARU SEMANGAT BAHARU ..


DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS PEKAN , 2 JAN 2018 – Hari ini merupakan hari pertama persekolahan buat semua pelajar , seperti kebiasaan sebelum sesi pembelajaran bermula para pelajar diberikan sedikit taklimat mengenai pelbagai perkara . Selaku Guru penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum Ustaz Mohd Shaikan Bin Mohamed Mokhtar telah menitipkan beberapa perkara mengenai tingkah laku & adab dalam pelbagai hal agar sentiasa dijaga . Beliau juga telah membangkitkan semangat kepada semua pelajar dengan mengumumkan beberapa orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan baru – baru ini iaitu PT3  & SMA .

 Sebagai tambahan , tuan pengetua Tuan Haji Mod Najib @ Mohammad Najib Bin Yaakob juga sempat  memberikan sedikit ucapan alu –aluan  selamat kembali ke sekolah & selamat datang terutamanya kepada pelajar yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Al –Attas . Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar agar kecemerlangan menjadi milik kalian yang berusaha ke arah kejayaan ..

Tag: #SEKOLAH2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini